Monday, December 27, 2010

APA ERTI KITA ISLAM ..?

Apa ertinya saya menjadi islam ?

Erti seseorang masuk islam, beliau mestilah islam daripada sudut aqidah, ibadah, akhlaq, keluarga dan mampu menguasai diri.

1) ISLAM DARIPADA SUDUT AQIDAH:-

Akidah berasal dari kata kerja عقد يعقد عقيدة bererti ikatan. Oleh itu akidah ialah keyakinan yang tersimpul dalam diri dan membentuk tatacara hidup

Islam dari sudut akidah bererti:
• Menerima rububiyah Allah, uluhiyah Allah.
• Tolak hakimiyah Allah terdedah kepada tiga keadaan( murtad, maksiat


Akidah islamiyah menuntut muslim


*)Yakin bahawa Allah maha bijaksana, mencipta alam bukan untuk sia-sia, mengutuskan para rasul dan kitab untuk hidayah, bahawa matlamat hidup ialah ubudiyah kepada Allah, amalan baik dibalas syurga, amalan jahat dibalas neraka, daya usaha sendiri manusia mampu melakukan kebaikan dan mampu menolak bencana, tasyrie adalah wenangan Allah, belajar sifat-sifat dan nama-nama Allah, berfikir tentang makhluk Allah bukan tentang zat Allah, bahawa Allah telah menyebutkan banyak sifat-sifat Allah yang menunjukkan, kesempurnaannya. Ada ayat mengenai sifat wujud,qidam qudrat dll.

*) Mengakui bahawa pendapat gulungan salaf lebih baik diterima untuk mengelakkan berlaku pentakwilan keatas nas. Namun takwil khalaf tidak membawa kepada kufur, Melakukan ibad ikhlas kepada Allah,tidak melakukan syirik, Takut kepada Allah bukan kepada yang lain, takut yang dapat mendorong melakukan taat dan menghindar maksiat, Sentiasa ingat kepada Allah.Diam berfikir cakap berzikir.Zikir kuatkan batin, Kasih kepada Allah dan sentiasa bergantung kepadanya, Sentiasa mensyukuri nikmat Allah, sentiasa beristighfar kerana istighfar kifarat dosa, Sentiasa muraqabah terhadap Allah semasa bersendirian atau bersama orang lain.


2 ISLAM DARI SUDUT IBADAH

•Perkataan ibadah, Ibadat matlamat hidup

Ada empat syarat untuk jadikan seluruh hidup ibadah:-

-) -dilakukan oleh muslim.
-) perkara yang dilakukan mestilah diterima syark.
-) bertepatan dengan peraturan syarak.
-) dilakukan ikhlas kepada Allah.

Untuk jadikan seluruh hidup ibadah muslim mestilah:-

-) Menjadikan ibadah berhubung terus kepda Allah.
-) Melakukan ibadat dengn khusyuk.
-) Merasa tamak dan tidak cukup-cukup melakukan ibadat.
-) Mengambil berat melakukan qiyam al-lail .
-) Menentukan masa membaca al-Quraan setiap hari.
-) Menjadikan doa sebagai mi`raj kepada Allah,islam telah mengajar banyak doa-doa tertentu.


ISLAM DARI SEGI AKHLAK

Akhlak matlamat risalah islam, Akhlak mulia tanda iman sebenar, Rasulullah nyatakan kecelakaan sebenar سوء الخلق, Akhlak amalan paling berat timbangan diakhirat, Akhlak mulia intipati semua ibadat. Tanpa akhlak ibadat tiada nilai.

• Akhlak/sifat seorang muslim:-
-)WaraK.
-) Menundukkan pandangan.
-) Memelihara lidah.
-) Malu.
-) Lemahlembut dan penyabar.
-) Benar dan jujur.
-) Tawaduk.
-) Tidak bersengka buruk.
-) Pemurah.
-) Qudwah hasanah .

Semua tindak tanduk menjadi terjemakan kepada perinsip pegangan.


ISLAM DARIPADA SUDUT KELUARGA.

1. Mengaku menganut islam memestikan:
2. Diri mempunyai risalah dalam hidup, terpanggil untuk membentuk orang lain
3.Langkah pertama membentuk orang lain ialah dengan membentuk keluarga.
menyampaikan islam kepada seisi keluarga, menyampaikan islam kepada kaum kerabat, membina rumahtangga/keluarga
islam.

Tanggungjawab membina rumahtangga islam terbahagi dua: Sebelum dan sesudah kahwin.

=Sebelum kahwin:
-)berkahwin kerana Allah.
-)tujuan menjaga pandangan dan kehormatan.
-) bijak memilih isteri (Pilih yang berakhlak tinggi dan kuat pengangan agama)

=Selepas kahwin:
-) bersikap baik terhadap isteri.
-) hubungan suami isteri bukan atas dasar syahwat.
-) mempastikan semua hubungan suami isteri dalam batas syarak.
-) Tanggungjawab bersama mendidik anak:
-)perlu sediakan rumahtangga sebagai tempat tarbiyah yang baik, rumah tempat membina


Menguasai diri.

•Manusia akan kekal menghadapi pertarungan dalam hidup, kalah atau menang

•Dalam menghadapi pertarungan ini manusia terbahagi tiga:
-)golongan tewas.
-) orang kafir dan islam yang bersultan di mata dan beraja di hati.
-) golongan yang berjihad melawan diri dan terus bertarung.
-) golongan para nabi yang maksum .

1.Sumber kekuatan menghadapi pertarungan
•Hati yang sentiasa hidup,bersih,cekal, Akal dan ilmu.

Tanda-tanda ketewasan

.Hati mati, akal tidak bercahaya, manusia tewas, pintu syaitan terbuka.
.Dihinggapi penyakit was-was dalam semua urusan hidup terutama dalam ibadat

2.Kubu pertahanan menghadapi syaitan ialah mengenalpasti pintu masuk syaitan dan mengetahui bagaimana cara menghadapinya.

Pintu dan cara mengatasinya ada 10:


~Tamak dan buruksangka:-
= tidak cukup dengan apa yang adanya dan percaya pada kata-kata orang lain.

~ Cinta dunia dan panjang angan-angan:-
= tidak takut maut tiba-tiba.

~ Cinta kemewahan:-
= tidak yakin kemewahan hanya sementara.

~ Ujub:-
= Tidak syukur nikmat, takut balasan.

~Memperendah-rendahkan dan tidak hormat orang lain:-
= tidak pelajari hak dan kehormatan orang.

~ Hasad:-
= tidak qanaah.

~Riak:-
= tidak ikhlas.

~Bakhil:-
= tidak yakin milik manusia musnah,yang kekal milik Allah.

~Takabbur:-
= tidak tawaduk.

~Tamak:-
= tidak yakin balasan Allah,mengharap balasan manusia.


BENTENG TAMBAHAN
1.Ingat Allah sewaktu memulakan kerja.Kesah syaitan jaga kafir jumpa syaitan jaga mukmin.
2.Elak makan terlalu kenyang dan hidup mewah كلوا واشربوا ولا تسرفوا ان الله لا يحب المسرفين
3.Membaca al-quraan,zikir dan istighfar
4. ان الشيطان واضع خرطومه غلي قلب ابن آدم فن هو ذكر الله تعالي خنس وان نسي التقم قلبه
4.Jauhi sifat tergesa-gesa,sentiasa berhati-hati العجلة من الشيطان والتأني من الل